Cara alami rawat batuk anak kecil



Ya akak mengaku akak tergolong dalam kategori ibu-ibu yang pilih untuk menggunakan kaedah alternatif jika anak demam/selesema/batuk.

Tapi...



Ada tapinya jugak tau.  Apa-apa pun kena tengok pada situasi jugak, akak bukan jenis yang tak percaya pada ubat moden atau doktor. Kebiasaannya jika anak setakat batuk dan tiada simptom lain akak memang akan pilih kaedah alami(Natural Remedies). Tapi semalam anak akak batuk lain macam sikit dan selesema juga, makanya malam semalam terus bawak ke emergency hospital.

Lepas check saringan, staff bahagian emergency kata paru-paru okey, tiada kelainan dibahagian tekak dan kemungkinan dia nampak cepat letih disebabkan hidung tersumbat. Dia bagi pilihan samaada tunggu giliran jumpa doktor atau pulang semula ke rumah. Tapi faham-faham sahaja lah tempoh menunggu akan jadi lama atas faktor ramai pesakit.

Klinik swasta pulak tiada satu pun yang buka. Hujung minggu barangkali.

Pilihan yang ada guna kaedah natural remedies atau ubat batuk di farmasi (over the counter medicine). Dalam situasi sebegini, tetiba akak teringat petua di bawah ni:

Cara rawat batuk untuk anak-anak ( Dewasa pun boleh)

1) Ambil 2@3 sudu tepung gndum
2) Madu secukupnya
3) Uli smpai jadi doh yang tidaj melekat ditangan
4) Boleh juga campurkan sedikit minyak kelapa dara / habbatus sauda
5) Kemudian leperkan nipis ikut la besar mana quantiti doh tu
6) Balut pakai kain kasa
7) Letak di tengah dada anak,gunakan pita pelekat @ plaster luka.

7) Biar 2-3 jam atau semalaman.

Alhamdulillah anak boleh tidur lena walau ada masanya dia bangun merengek juga. Selain petua di atas akak buatkan bunjut bawang putih sekali. Pagi tadi sebelum ke klinik mandikan dia dengan air suam, petua tak nak bagi paru-paru sejuk , orang kata bukan akak kata ya.


#NotaJejari  
: Petua campuran madu dan tepung ni bukan ubat magik yang bilamana diguna pakai akan terus baik , kena diulang buat malam berikutnya pula 😊.


No comments:

Post a Comment