Kisah Cekodok Pisang dan si kakak yang sudah boleh di harap.


Cekodok pisang, penyediaannya memang cukup mudah dengan menggunakan bahan asas - Pisang, Tepung, garam & gula secukup rasa. Menu evergreen ini dari dulu sampai sekarang tak jemu untuk dimakan. Pelbagai versi ada,  mahu ditambah kelapa atau baking soda atau oat atau apa sahaja ikut selera masing masing la kan. Nak keras sedikit atau lembik sedikit, garing diluar atau lembut gebu gebu, yang penting nak makan kena la rajin. Tak kira la rajin buat atau rajin beli 😂😂😂.




Al kisahnya petang tadi Kak_Ana buat cekodok pisang. Kebetulan ada sedikit lagi pisang dari kampung minggu lepas cukup la dibuat cekodok untuk sekali hadap. Kebiasaannya petang-petang macam ni kurang sikit gangguan sebab si kecil tidur. Tapi disebabkan hari ini si kecil tak berapa sihat - batuk dan selsema, sedang Kak_Ana sibuk menggoreng cekodok tadi, si kecil terjaga dari tidur. Maka terpaksa la Kak_Ana minta si kakak tolong gorengkan baki adunan cekodok tadi.

Sebelum tinggalkan si kakak di dapur sempat juga la demo sedikit apa yang perlu dibuat. Ya la selama ni Kak_Ana tak pernah minta dia tolong. Pendek kata tak pernah ajar dia memasak langsung. Sebabnya si kakak ni penakut sikit, takut minyak terpercik la, takut api la. Tapi sebab fikir adunan dah tinggal sedikit dan Kak_Ana pun sedikit malas nak tutup api dapur kemudian nanti nak kena hidupkan semula bila dah selesai uruskan si kecil, Nak tak nak Kak_Ana serahkan juga la tugas tersebut kepada si kakak.

Eh tapi bukan si kakak sahaja yang cuak tau. Kak_Ana ni pun risau bukan main juga. Tengah susu kan si kecil, kepala sibuk duk memikir si kakak di dapur. Siap pasang telinga lagi tau, tapis bunyi bunyi lain sebab nak dengar hanya bunyi dari dapur. Berdoa agar si kakak tak tersalah langkah. Mana tidaknya walau sudah darjah 4, si kakak tak biasa ditinggalkan memasak bersendirian.

Dengar sahaja bunyi dapur gas ditutup dan derapan kaki si kakak menuju ke bilik. Huh lega. Alhamdulillah si kakak berjaya menyelesaikan tugas dengan jayanya. Alhamdulillah . Hahah poyo je kan mamanya ni, risau melebih-lebih. Padahal goreng cekodok sahaja pun. Budak lain sebaya si kakak ada yang dah boleh masak nasii goreng sendiri dah pun. Tak pa la slow slow InsyaAlllah nanti si kakak pun boleh masak sendiri juga. 😄

No comments:

Post a Comment