Caranya ialah :
- Selalu Bangun sebelum subuh - bagi yang bekerja mungkin pada hari bekerja tiada masalah untuk bangun pagi sebelum subuh, bagaimana pula jika hari cuti? Pasti ada yang liat untuk bangun sebelum subuh bukan?
- Aktif Menjaga Kebersihan - Menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran di tempat tinggal kita, malah kebersihan dimana sahaja tempat yang kita pergi juga perlu di titik beratkan tidak kira la tempat awam, jalan raya, taman rekreasi , kawasan pelancongan atau dimana-mana sahaja.
- Tidak pernah makan berlebihan - amalkan makan sebelum/ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang . Makan mengikut keperluan badan kita bukan mengikut nafsu semata. Kerana dari perut datangnya pelbagai jenis penyakit.
- Tidak Pemarah - Pernah tak kita marah hanya disebabkan perkara yang kecil. Mungkin sewaktu fikiran tengah serabut dan pada masa yang sama anak kecil melakukan perkara yang mampu membangkitkan kemarahan kita. Sejauh mana kita dapat mengawal kemarahan tersebut?
- Optimis dan tidak mudah putus asa - Hidup siapa yang tidak pernah diuji? ada orang yang hidupnya sentiasa diuji dan ada pula yang diuji sekali sekala, jika orang yang sentiasa diuji dengan kesusahan dan musibah yang dasyat mampu bertahan , kenapa kita yang baru sekelumit diberi ujian terus berputus asa?
- Tidak Pernah Iri hati - Zaman sekarang ramai yang suka pegang title PHD . Perasaan Hasad Dengki yang bermaharajalela dalam diri boleh membinasa kan diri kita sendiri. Sentiasa muhasabah diri dan bersyukur atas setiap apa yang ada pada kita dan setiap rezeki yang kita perolehi.
- Pemaaf - Berapa ramai antara kita yang mampu memaafkan kesalahan orang lain? Jika kita ingin diri kita dimaafi belajarla memaafkan orang lain terlebih dahulu. InsyaAllah dengan menjadi seorang yang pemaaf hidup kita akan bertambah tenang
Ingatlah Sihat adalah satu anugerah yang tak ternilai harganya.
TAPI
Ramai antara kita yang kurang menghargai kesihatan, bila dah sakit baru terasa betapa pentingnnya mempunyai kesihatan yang baik. Mula berkira-kira mahu menjalani gaya hidup yang sihat , amalkan pemakanan yang sihat dan mahu melakukan senaman
NAMUN
Walau kita tahu sihat mental dan fizikal itu penting, walau kita mahu mengawal pemakanan kita , malah kita pernah berazam ingin melakukan senaman.
HAKIKATNYA
Berapa ramai antara kita yang betul-betul menjaga kesihatan?
Berapa ramai yang kawal pengambilan gula, garam dan lemak dalam makanan harian?
Berapa ramai pula yang mampu melakukan senaman even 5 minit sehari?
Berapa ramai pula yang berjaya mengurangkan stress/tekanan ?
Berapa ramai pula wanita yang rajin membuat medical check up ( pap smear , pemeriksaan sendiri payudara etc)
Jika diberi 2 pilihan antara harta yang menggunung dengan kesihatan yang sempurna mana satu pilihan korang?
Nota Jejari : Tengah selesema sekarang ni, kepala terasa berat , hidung berair..cukup tak selesa. Terasa sungguh nikmatnya waktu sihat !!!!
Bgn sebelum subuh..setuju sbb nk kena wat rutin harian iaitu mngepam.tp lps smbyg sbuh,tdo blk.wakaka..bantai tdo smpai kol 9 plak lps tu,huhhu bleh gitu?hadoii...
ReplyDeletetak pemarah dan pemaaf tu yang penting....
ReplyDeletebaru hati tenang....
kalo badan sihat mmg terasa nikmatnya...alhamdulillah...sy pun bru baik dari selesema & sakit tekak!^_^
ReplyDeleteterkonfius sikit part no 3 tuh.. makan sebelom lapar or selepas lapar ek.. tetiba rasa konfius di situ.. hehehe
ReplyDeleteoooo.. ok.. jelas dah sekarang.. thanks yer~ :)
Deletesifat marah tu memang selalu ada kalau anak2 ni tengah membesar kan.Ya Allah, harap2 dapat kurangkan sifat marah tu. pilihan tu dua2 nak :p tamak btol..hehehe
ReplyDeletehi salam kenal...betul kan..bile sakit baru terasa betapa besarnya nikmat sihat =)
ReplyDelete